Neelofa ‘Sound’ Wartawan, Kenapa Pula Tu?


PELAKON terkenal, Neelofa akui sedikit terguris hati dan terkilan dengan sikap wartawan sebuah akhbar terkemuka negara.

Luahan hati Lofa itu adalah berhubung tindakan wartawan berkenaan mengeluarkan satu artikel bertajuk, ‘Neelofa Malas Mau Layan’ berhubung isu ‘pernikahan’ pasangan Fattah dan Fazura.

Memetik beberapa sumber, difahamkan isu berkenaan mula timbul apabila Neelofa memilih untuk berdiam diri daripada memberikan sebarang komen mengenai isu pasangan berkenaan.


Menerusi akhbar tersebut, Neelofa dikatakan hanya memberi isyarat meletakkan jari di bibir sebagai tanda ‘kunci mulut’ apabila disoal berhubung perkara tersebut.

Tidak hanya berdiam diri, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor dilihat telah ‘sound’ wartawan berkenaan menerusi Insta Story miliknya.

Menerusi posting berkenaan, Neelofa meminta agar wartawan berkenaan untuk lebih menghormati privasi orang lain jika seseorang selebriti itu enggan memberi sebarang komen berhubung sesuatu isu.

“Tolong lah hormat sikit bila orang kata tak nak komen, bukan tulis “neelofa tak mau layan” and masih tulis/mentioned nama mereka tentang isu yang i tak nak komen tu.

“Di mana etika kewartawanan anda? Penatlah dengan kes macam ni, Im sure ramai rakan artis yang lain juga selalu terkena perkara yang sama,” ujarnya menerusi Insta story berkenaan.


Dalam pada itu, pengacara ini juga menganggap tindakan wartawan itu seperti tiada etika dan mengakui dirinya sudah penat melayan berhubung kes-kes sebegini.

Sementara itu, beberapa sumber ada melaporkan bahawa rata-rata rakan wartawan lain turut mengecam tindakan individu berkenaan.

Hmmm… Patutnya sebagai seorang yang profesional, kita perlulah menjaga etika dengan penuh kesedaran, sekaligus menghormati juga hak dan privasi orang lain…Tak ke macam tu? - Kedahnews.com