Nelayan Di Yan Mohon Batu Penghadang Ombak


ALOR SETAR - Sekurang-kurangnya  50 orang nelayan di perkampungan nelayan kuala Sedaka, Yan memerlukan bantuan batu yang berfungsi sebagai penghadang ombak bagi menghalang kerosakan bot milik mereka yang diletakkan di tebing jeti.

Menurut nelayan, Sulaiman Che Mehad, 55, berkata nelayan di kawasan terbabit perlu menanggung kos ribuan ringgit disebabkan membaiki bot mereka yang rosak dihempap ombak.

"Kami akan letakkan bot kami di tepi tebing jeti selepas pulang dari laut namun ketiadaan batu penghadang ombak menyebabkan bot yang kami letakkan di lokasi berkenaan sentiasa akan dihempap ombak sehingga rosak," katanya yang dipetik dari Sinar Online.

Tambahnya lagi, kawasan tersebut pernah menerima bantuan batu penghadang ombak sejauh 70 meter namun masih ada kawasan yang memerlukan penghadang tersebut iaitu sepanjang 100 meter. - Kedahnews.com