KISAHNYA hanyalah pelancaran sebanyak 500 bantal bersaiz kecil dengan wajah duta tilam King Koil, Fattah Amin yang akan diberikan secara percuma bagi setiap pembelian koleksi tilam Prince.
Namun ramai netizen dilaporkan lebih teruja melihat penampilan terbaharu aktor itu yang agak kacak berbanding imej sebelum ini ketika majlis pelancaran koleksi produk syarikat tersebut di Menaral Kuala Lumpur pada Selasa.
Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin merupakan selebriti tempatan yang dilantik sebagai duta baharu jenama tilam tersbeut bagi meningkatkan jumlah penjualan produk berkenaan sepanjang tahun ini.
Pengurus Besar Kanan King Koil Bedding (Malaysia) Sdn Bhd, Cheng Kai Hin berkata, antara ciri terbaharu yang terdapat pada koleksi tilam Prince adalah sistem Tri-Zone yang memberi sokongan kepada tulang belakang.
Ia menyediakan sokongan pada bahagian atas badan, bahu dan leher di bahagian zon pertama manakala zon kedua memberi sokongan pada bahagian tulang belakang sementara zon ketiga pula untuk sokongan bahagian kaki.
Uniknya, akaun Instagram rasmi Fattah pula dihujani ratusan komen dan ribuan tanda suka daripada peminat yang lebih hangat membicarakan mengenai wajah pelakon ini berbanding kisah dirinya sebagai duta tilam King Koil.
Tidak hairanlah dua gambar eksklusif dimuat naik oleh Fattah yang memaparkan beliau hadir pada majlis tersebut langsung ‘tenggelam’ apabila ramai netizen pula lebih tertarik bercakap mengenai isu wajah dirinya sendiri pula.
“Woooowwww…. siapa punya boyfriend hensem ni?? @missfazura ke?? hehehe… jangan marah ye…” kata dy1234u manakala newfizonhab menulis: “Your smile is everything” (senyuman anda adalah segala-galanya)
Tidak ketinggalan seorang netizen yang bernama farhanajasni12 menulis: “Hensem nye Fattah” dan komen tersebut turut disokong oleh aqyluwais yang mencatatkan: “Handsome… aura positif.”
Ada juga terpaku antaranya netizen bernama meispipa menukil “Hadoiii Tah! speechless... memang sesuai naww dengan @missfazura 😍💞😘” manakala masnah5921 menulis: “Asalamulaikum adik fattah hensemnya awak.”
Setakat ini kedua-dua gambar berkenaan menerima lebih 10,000 tanda suka dan jumlah tersebut dijangka meningkat selepas ini sekali gus menggambarkan populariti Fattah yang masih baik. - Kedahnews.com