PAS Mahu DAP Pulau Pinang Henti Luluskan Projek Dilereng Bukit


ALOR SETAR - PAS Pulau Pinang mendedak supaya Kerajaan DAP negeri itu menghentikan serta-merta tindakan meluluskan sebarang projek pembinaan  rumah mewah mahupun sederhana di lereng-lereng bukit di sekitar Pulau Pinang.

Pesurujayanya, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, selama ini kerajaan DAP dilihat begitu ghairah membenarkan projek perumahan tanpa mengira kesannya kepada alam sekitar hingga mengakibatkan kejadian tanah runtuh berulang di Tanjung Bungah.

“Kerajaan Negeri kena isytiharkan pembangunan lereng bukit dihentikan segera kerana sudah banyak kes tanah runtuh berlaku di sekitar Tanjung Bungah yang mengorbankan 11 nyawa. Dan ini kejadian tanah runtuh yang terbaru berlaku di sini.

“Bangunan di lereng bukit pada hari ini tidak terjamin dan kerajaan negeri sepatutnya membuat kajian menyeluruh bahawa ia selamat atau pun tidak,” katanya.

Tambah PAS, Sikap DAP yang hanya tahu meluluskan sahaja dan langsung tidak mengambil kira aspek aliran air yang terdapat di kawasan lereng bukit di belakang projek pembinaan rumah mewah berkenaan menjadi faktor utama banjir kilat berlaku.

“Kita bimbang dengan fenomena yang berlaku ini mengakibatkan pembangunan di lereng bukit tidak selamat dan harus dihentikan segera.

“Pembangunan di sini tidak mengambil kira faktor aliran sungai kerana ia dibina di laluan air ke laut. Lalu ia mengakibatkan hakisan tanah dan berlaku tanah runtuh." ujarnya.

Difahamkan bahawa tanah runtuh yang berlaku di Tanjung Bungah disebabkan oleh tembok tahanan yang gagal berfungsi apabila terdapat aliran air dibawah tanah. - Kedahnews.com