Pasca Banjir: 200 Anggota MBPP Bertugas 24 Jam


PULAU PINANG - Sekurang-kurangnya 200 anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dikerahkan turun padang untuk menjalankan kerja-kerja pasca banjir di negeri ini.

Setiausaha MBPP, Yew Tung Seang berkata, kesemua anggota itu bekerja selama 24 jam sejak Ahad lalu sebaik sahaja air banjir di kebanyakan kawasan surut.

“Kami mengangkut pelbagai barangan dan kelengkapan penduduk yang telah rosak dan dikumpulkan di tepi jalan raya, namun kos dan jumlah sampah yang telah diuruskan MBPP belum dikemas kini sehingga kerja-kerja tersebut selesai.

“MBPP masih menjalankan kerja pembesihan itu sehingga ke hari ini di kawasan terlibat antaranya Legkuk P. Ramlee, Jalan Masjid Negeri dan beberapa kawasan lagi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sumber: Utusan Online