Pelancong China Boleh Bayar Guna WeChat Di Paris


PELANCONG China melawat Paris kini boleh membayar pembelian mereka di dua buah kompleks membeli belah terkenal di Perancis menggunakan aplikasi media sosial terkenal China, WeChat.

Kumpulan Galeries Lafayette berkata pengguna di Galeries Lafayette Haussmann dan BHV Marais boleh membayar menggunakan akaun WeChat mereka.

Aplikasi pembayaran dalam WeChat dimiliki Tencent mempunyai lebih 938 juta pengguna aktif awal tahun ini membenarkan pembayaran dilakukan melalui WeChat yang dihubungkan dengan kad bank pengguna.

Perkhidmatan itu yang digunakan peniaga di China sejak 2014 mula berkembang di peringkat antarabangsa sejak 2016.

Paris adalah kota tumpuan pelancong China yang menurut kajian antara paling banyak berbelanja.

Kumpulan Galeries Lafayetter berkata mereka mengalu-alukan 15 juta pelancong asing setiap tahun dan mahu menyedia “pengguna China dengan persekitaran bayaran yang dikenali, mudah dan selamat…terus ke telefon pintar mereka.”

Sebuah lagi kedai di Paris, Printemps pula memilih pesaing WeChat, Alipay.

Pelancong China yang kaya seringkali menjadi sasaran rompakan dan Beijing menggesa Perancis “menyelesaikan kes” sekumpulan pelancong China yang dilempar gas pemedih mata dan dirompak di Paris minggu lepas. 

Sumber: The Malaysian Insight