Pelanggan Pertama Dan ke-99 Akan Terima Bekalan Ayam Percuma Setahun


SHAH ALAM - Sebanyak 100 goodies bag akan diberikan secara percuma kepada 100 pelanggan pertama yang mengunjungi Deli Ayamas di Seksyen 31, Kota Kemuning di sini, 25 November depan.

Ketua Pegawai Operasi KARA Holdings Sdn.Bhd, Rafiq Moosa berkata, bekalan percuma ayam selama setahun juga ditawarkan kepada pelanggan yang pertama dan ke-99 pada hari tersebut.

"Pemberian tersebut adalah bagi meraikan pembukaan cawangan baharu kedai ayamas yang berkonsepkan Deli Ayamas bagi memenuhi citarasa pelanggan.

"Deli Ayamas ini menawarkan perkhidmatan seperti penggorengan dan perapan ayam secara percuma untuk barangan sejuk beku dan menggunakan ayam dan rempah yang dibeli oleh pelanggan di outlet tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Deli ayamas yang berkonsepkan makan di kafe atau bawa pulang itu mempunyai kapasiti 35 tempat duduk dengan perkhidmatan WiFi itu beroperasi bermula pukul 9 pagi hingga 9 malam.

Sumber - Kosmo