PADA Sidang Asean + 4 di Manila kelmarin, Myanmar memaklumkan tentang beberapa tindakan drastik negara itu, terutama kesanggupan mereka untuk menyelesaikan isu Rohingya.
Antaranya, Myanmar mendakwa telah menghentikan segera operasi tentera di wilayah bergolak, Rakhine, dan menguruskan kembalinya kira-kira 610 ribu pelarian etnik Rohingya dari sempadan negara jirannya, Bangladesh.
Kami mendapati kenyataan Myanmar itu lebih menjurus kepada satu penipuan diplomatik.
Realitinya, dua laporan PBB yang dikeluarkan semalam, membuktikan hal sebaliknya sedang berlaku di Rakhine. Pembantaian etnik, pembunuhan kejam dan kejadian rogol terhadap etnik Islam Rohingya disahkan berlaku secara berleluasa.
Ia merupakan taktik bagi mengabui mata badan antarabangsa itu dan masyarakat dunia. Kaunselor Myanmar, Aung San Suu Kyi bijak mengendalikan tekanan antarabangsa.
Di pentas diplomatik, ketika berdepan pemimpin serantau dan dunia, pemenang Nobel Keamanan Dunia itu tahu bahawa dia harus bijak mengendalikan persepsi politik.
Sikap hipokrit Suu Kyi itu perlu diawasi dan difahami. Janji palsunya akan menjadi penebat, bagi mengelakkan perhimpunan ketua-ketua negara Asean dan rakan ekonomi utama ini supaya tidak menjadi pentas tekanan politik terhadap Myanmar.
Agensi Berita AFP melaporkan, Pemerhati Hak Asasi Manusia melaporkan kekejaman junta tentera Myanmar terus berleluasa sejak krisis bermula pada 2012.
Tentera Myanmar menyembelih etnik Islam Rohingya, membakar mereka hidup-hidup dan diperkosa beramai-ramai termasuk kanak-kanak perempuan. Ini antara kandungan dalam dua laporan siasatan dua pertubuhan yang menampilkan bukti penghapusan etnik Rohingya di Myanmar.
Pemerhati Hak Asasi Manusia yang memfokus kepada penggunaan keganasan seksual dalam laporannya mengenai kempen tentera Myanmar, merumuskan amat banyak jenayah kemanusiaan berlaku.
“Rogol menjadi senjata dan keutamaan tentera Myanmar dalam kempen pembersihan etnik Rohingya.
“Perbuatan ganas tidak bertamadun tentera Myanmar membabitkan sejumlah besar wanita dan kanak-kanak sebagai mangsa,” kata penyelidik pertubuhan itu, Skye Wheeler, dalam laporan.
Laporan Fortify Rights berpangkalan di Asia Tenggara dan Muzium Peringatan Pembunuhan Beramai-ramai di Amerika Syarikat, menyatakan tentera Myanmar melakukan serangan sistematik yang menyeluruh terhadap etnik Rohingya antara 9 Oktober dan Disember tahun lalu serta sejak 25 Ogos tahun ini.
Laporan 30 muka bertajuk ‘Mereka cuba bunuh kami semua’ berdasarkan temuramah dengan 200 pelarian dan saksi serta pekerja agensi bantuan.
Semua kenyataan ini menjadikan ketrampilan Suu Kyi yang kononnya pejuang keamanan dunia itu tidak lebih dariada pembohong dan pendusta.
Pada pandangan kami,Kerajaan Malaysia seharusnya terus bertegas dalam hal ini. Sebenarnya tiada sebarang kebaikan sedang dijalankan Suu Kyi di Rakhine, kecuali tampil di pentas diplomatik dengan menghamburkan satu lagi siri pembohongan. - Kedahnews.com