Penagih Khayal Di Kafe Siber Sambil Usung Dua Anak Kecil


Kuala Lumpur - Usung dua anak kecil berusia dua tahun dan tiga tahun ke kafe siber selepas menagih dadah.

Itu tindakan tidak bermoral seorang bapa muda berusia 21 tahun yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam keadaan khayal di sebuah pusat siber di Sungai Besi, di sini.

Lelaki itu memberikan alasan terpaksa membawa anaknya ke kafe siber berikutan isterinya tiada di rumah.

Selain itu, seorang remaja berusia 16 tahun turut diberkas di lokasi sama kerana membawa adik lelakinya berusia sembilan tahun ketika dia mengambil ganja.

Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Cheras Mohd Azlan Ahmad berkata, dua individu terbabit mengakui mengambil dadah terlebih dulu sebelum datang ke pusat siber.

“Dalam serbuan di pusat siber berkenaan, kami membuat pemeriksaan terhadap beberapa individu termasuk lelaki dan remaja terbabit yang ‘datang’ bersama ahli keluarga mereka,” katanya.

Sumber: Metro