Tiket online atau tiket dijual menerusi internet untuk menyaksikan perlawanan bolasepak yang dicadangkan oleh Persatuan Bolsepak Kedah (KFA) disambut baik oleh majoriti penyokong tegar bolasepak negeri ini.
" Sudah tentu baik, kami tidak perlu berebut atau beratur panjang di stadium lagi, " kata Mohd Zani Ahmad, 36 ketika tanya perkara itu.
Kata sistem penjualan secara juga sudah diamalkan di negara yang maju dalam bolasepak.
Katanya lagi, penjualan tiket online ini akan lebih adil dan tiada lagi tuduh menuduh bahawa tiket bolasepak dibolot oleh pihak tertentu dan mampu mengatasi penjualan secara haram atau di pasaran gelap.
Semalam Persatua Bolasepak Kedah (KFA) mencadangkan kepada menguruskan penjualan tiket yang dilantik oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggunakan penjualan semua tiket secara atas talian.
Ini berikutan dakwaan pelbagai pihak termasuk pemipin parti pembangkang bahawa KFA mengagihkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang lalu secara 'tidak adil' dengan memberikan kepada pihak tertentu sahaja.
Pe ngerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Aminuddin Omar ketika ditemui hari ini berkata, perkara ini akan dibincang dengan pihak ootball Limited Liability Partnership (FMLLP) syarikat yang dilantik FAM untuk menguruskan perlawanan liga Malaysia.
Kata Aminuddin, cadangan penjualan tiket onlie in diharapkan akan dapat menyelesaikan masalah perebutan untuk membeli tiket terutama dalam perlawanan yang melibatkan pasukan Kedah di peringkat akhir Piala Malaysia seperti mana yang berlaku baru-baru ini.
Sistem ini perlu diperkenalkan sepenuhnya...kita dah tulis surat FMLLP untuk berbincang secaraterperinsi termasuk sistem pengendali, ujarnya.
Dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah semalan isu penjualan tiket semasa perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan JDT dibahaskan oleh ahli dewan dan meminta cara penjualan itu dapat diperbaiki.
Aminuddin menafikan tiket itu diberikan kepada golongan tentu sahaja sebaliknya memberi alasan bahawa permintaan untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir itu amat luar biasa.
Jelas beliau, pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) juga memantu dengan teliti cara pengagihan tiket berkenaan dan suruhanjya itu berpuas hati dengan langkah yang diambil oleh KFA. -
Sebelum ini Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa Pemuda UMNO Kedah membahagikan tiket tersebut kepada penyokong sahaja hingga menimbulkan kemarahan peminat yang tidak sempat membeli tiket tersebut.
Namun dakwaan itu ditepis oleh Pemuda UMNO Kedah dan menyifatkan tuduhan bekas Menteri Besar itu hanya untuk mendapatkan simpati penyokong bolasepak Lang Merah untuk kepentingan politik peribadi. - Kedahnews.com