Perkhidmatan OBike Jadi ‘Mangsa’ Vandalisme


DALAM kesibukan kota yang tidak boleh ‘lari’ daripada masalah kesesakan lalu lintas, idea untuk perkhidmatan basikal sewa OBike nampaknya mampu menjadi jalan penyelesaian untuk isu tersebut.

Mula diperkenalkan oleh sepasang suami isteri dari Singapura, aplikasi OBike kini boleh didapati di bandar-bandar besar seluruh dunia seperti Melbourne, Taipei, Bangkok dan tidak ketinggalan, di Kuala Lumpur.


Sejak mula dilancarkan sekitar April lalu, perkhidmatan ini dilihat terbukti mendapat sambutan menggalakkan sehingga meraih lebih daripada 200,000 pengguna dari seluruh Malaysia.

Memetik beberapa sumber, difahamkan OBike merupakan satu platform perkongsian basikal tanpa stesen yang pertama di Malaysia.

Tanpa stesen disini bermaksud, ia boleh ditinggalkan di mana-mana lokasi tetapi basikal tersebut perlulah dikunci dan diletakkan di kawasan awam.

Bagaimanapun, sayangnya tidak semua orang bijak menggunakan kemudahan yang telah disediakan ini.

Tular di media sosial gambar menunjukkan beberapa buah OBike ‘dipulangkan’ di tempat yang tidak sepatutnya.


Menerusi perkongsian tersebut, beberapa buah OBike dilihat diletakkan di dalam longkang yang penuh dengan sampah dan daun-daun kering.

Apa lagi kejam, longkang berkenaan turut dilihat dipenuhi dengan air kotor yang berwarna kehitam-hitaman.

“Segelintir rakyat negara kita masih bermentaliti kelas bawahan. Jahanam OBike dia campak merata. Lokasi di sekitar Jalan Ampang, KL,” tulisnya menerusi perkongsian tersebut.

Posting tersebut telah dikongsi oleh akaun Twitter crimebuster yang dikenali sebagai MyWatch itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.


Rata-rata daripada netizen dilihat meninggalkan komen negatif malah ada juga yang mengutuk tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Alahai…Orang dah bagi kemudahan, dirosakkan pulak. Di mana letak akalmu wahai pengguna? Dah guna tu, bertanggungjawab lah sikit der…- Kedahnews.com