Perlis Banjir Setelah Hujan Lebat 2 Hari


HUJAN berterusan sejak dua hari menyebabkan dua desa di daerah ini dilanda banjir, malam tadi.

Keadaan itu menyebabkan 46 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis, selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), berkata mereka terbabit ialah penduduk Kampung Padang Malau (26 rumah) dan Kampung Padang Malau Dalam (20 rumah).

Bagaimanapun, jumlah masih dikumpul kerana ada antara mereka masih enggan meninggalkan rumah tanpa dijaga, kata JPBN dalam kenyataan hari ini.

APM berkata agensi itu membuat pemantauan di seluruh negeri terutama di kawasan yang sering dilanda banjir berikutan hujan tanpa henti sejak kelmarin.

“Orang ramai diingatkan agar patuh pada arahan pihak berkuasa apabila diarahkan berpindah.

“Mereka juga hendaklah melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya rumah mereka dinaiki air,” menurut kenyataan itu.

Sumber: MyMetro