Pertumbuhan Ekonomi Kelantan, Kedah Kerana Bantuan Persekutuan


Seperti juga negeri Kedah, kadar pertumbuhan Kelantan yang mencecah 4.8 peratus tahun lepas tercapai hasil sokongan pelbagai projek pembangunan dan bantuan yang disediakan kerajaan persekutuan.

Tanpa sokong Persekutuan tidak mungkin sesebuah negeri dapat berdikari walaupun mengaku negerinya menerima banyak pelaburan dan hasil negeri bertambah.

Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Ayer Lanas) berkata kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) membelanjakan sebanyak RM6.3 bilion pada tahun lepas merangkumi RM5.2 bilion bagi belanja mengurus dan RM1.1 bilion bagi pembangunan.

"Kerajaan Kelantan hanya membelanjakan RM961 juta pada tahun lepas. Jika ikut nisbahnya 6:1 ataupun dalam bahasa mudahnya, kerajaan persekutuan membelanjakan sebanyak RM6 bagi setiap RM1 yang dibelanjakan (kerajaan negeri) Kelantan,"katanya.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsadan Industri berkata demikian ketika membahaskan Bajet 2018 yang dibentangkan kerajaan negeri sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, semalam..

Kerajaan negeri Kelantan membentangkan bajet tersebut dengan anggaran defisit sebanyak RM41.74 juta berbanding RM42.65 juta dalam Bajet 2017,dengan menyasarkan perolehan hasil sebanyak RM696.90 juta. 

Menteri Besar Kelatan Datuk Ahmad Yaakob mengakui hubungan Kelantan -Pusat yang semakin baik dan berbagai peruntukan disalurkan selepas bencana banjir  berlaku tiga tahun lalu,

Kedah semasa pembentangan Bajet 2018 memaklum bahawa Kerajaan Persekutuan banyak memberikan peruntukan yang besar dan memudahkan pinjaman untuk negeri itu bagi kepentingan rakyat walaupun hasil negeri dan pelaburan meningkat.- Kedahnews.com