Pi Stadium Jumaat Ni Dapat 'Make-Up', Poduk Kecantikan 'Free'


ALOR SETAR - Dua pengasas produk kecantikan di negeri ini berhasrat mengagihkan produk mereka secara percuma kepada orang ramai Jumaat ini, sebagai tanda penghargaan kepada pasukan bola sepak negeri itu yang layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada Sabtu ini.

Menurut  pengasas Syok Cosmetics, Sarina Shafie, 38, dan pengasas Efanys Beauty, Anyssa Md Ladzim, 29, pengagihan dua produk kecantikan dari jenama itu telah mendapat kerjasama daripada pusat kecantikan Valet Chantek di Taman Tunku Maheran, Jitra.

“Kami melihat sokongan yang diberikan terhadap produk kami sangat memberangsangkan dan inilah masanya kami hargai semua wanita di negeri ini, sekali gus sebagai tanda sokongan kami kepada pasukan Kedah.

“Justeru, kami ingin memberi 35 set maskara dan gincu secara percuma pada Jumaat ini bermula 2.30 hingga 4.30 petang kepada 35 pelanggan terawal di Valet Chantek,” kata mereka yang dipetik dari MyMetro.

Sarina berkata, mereka bekerjasama dengan Valet Chantek sebagai platform untuk mengagihkan produk keluaran mereka secara percuma selepas melihat premis berkenaan semakin mendapat tumpuan masyarakat terutama kaum wanita bagi mendapatkan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan.

“Valet Chantek kini menjadi platform tumpuan orang ramai terutama wanita, disebabkan itu juga bersempena dengan Piala Malaysia yang bakal berlangsung pada Sabtu ini, kami menyeru wanita supaya datang ke Valet Chantek bagi mendapatkan set maskara dan gincu secara percuma,” ujarnya.

Selain itu, Sarina dan Anyssa turut meramalkan pasuka Helang Merah mampu menjadi juara Piala Malaysia untuk kali kedua berturut-turut selepas layak ke perlawanan akhir piala berkenaan selama tiga musim.

“Kedah mampu menjadi juara sekali lagi selepas bergelar juara pada tahun lalu, malah dengan semangat barisan pemain yang ada juga dilihat mampu mengekang asakan pasukan JDT,” katanya. - Kedahnews.com