Piala AFC 2018, KFA Akan Terus Buat Rayuan Kepada FAM Untuk Dapatkan Lesen


ALOR SETAR - Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) akan membuat rayuan sekali lagi  untuk mendapatkan lesen bagi melayakkan pasukan Lang Merah yang muncul juara Piala FA musim ini beraksi pada perwalanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018.

KFA merasakan sudahpun memenuhi  permintaan dan syarat  yang dikehendaki Badan Rayuan (AB) pelesenan kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) .

Namun pasukan naib juara Piala Malaysia 2017 itu  hanya diberi lesen (kelulusan) untuk beraksi dalam liga super tahun depan.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata,  Kedah  dikatakan gagal  untuk layak ke perlawanan Piala AFC 2018 kerana lewat mengemukakan dokumen kepada badan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Kita telah menghantar dokumen , iaitu syarat-syarat yang ditetapkan pada 5 Oktober lalu, iaitu sebelum tarikh terakhir pada 16 Oktober, " katanya kepada pemberita di sidang Dewan Undanga Negeri, di sini.

Aminuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri memberitahu, KFA sebenarnya tidak lewat menghantar semua dokumentasi  tersebut  sebelum tarikh yang ditetapkan.

Badan ratyuan FAM telah pun mengadakan mesyuarat mengenai perkara itu pada 29 Oktober lalu.

"Kita jawatankuasa eksekutif KFA minggu lepas telah bermesyuarat dan membuat keputuan untuk membuat rayuan lagi kepada FAM untuk mempertimbangkan semula perkara itu," kata Aminuddin.

Menurutnya KFA telah` ambil langkah yang ditetapkan dan tidak mengambil sikap 'sambil lewa' seperti mana yang didakwa.

Bagaimanapun KFA akan menerima apa sahaja keputusan badan rayuan FAM itu namun tetap berusaha untuk dapat lesen beraksi di pentas antarabangsa walaupun kriteria telah dpenuhi, kata Aminuddin.

 Beliau bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut ketika ditanya kemungkinan ada usaha untuk gagalkan skuad Kedah untuk berkasi  ke perlawanan Piala AFC itu.

"Andainya Kedah tidak diberi lesen itu, kita akan terima keputusan itu," kata Aminuddin  lagi. Kedahnews.com.