PM Swafoto Dengan Duterte Dapat Perhatian


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai koleksi swafoto baru kini apabila sempat berswafoto dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Beliau memuatnaik gambar tersebut menerusi laman Facebook miliknya.

"Swafoto terbaru saya bersama Presiden Duterte di Asean Summit #Throwback," tulisnya.

Sementara itu, foto tersebut mendapat perhatian rakyat yang memberikan komen positif kepada beliau.

"Terbaik PM! Hubungan yang baik membawa keamanan," tulis pengguna Facebook, Rizal Wazir.

Turut bersetuju merupakan pengguna Facebook, Rusnah Ahmad.

"PM disenangi semua rakan sejawatnya, ketabahannya berdepan setiap cabaran dan ujian, sedia mendengar luahan dan ketidakpuasan hati rakyat dan cuba semampu untuk membantu rakyat," tulisnya.

Dalam pada itu, ada juga yang bertanyakan swafoto beliau bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump seperti pengguna Facebook, Tengku Kassim Anuar.

"Mana swafoto dengan kawan baik, Trump?" soalnya

Terdahulu, Najib ke Manila selepas menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-25 yang berakhir dengan jayanya, dengan keyakinan yang semakin meningkat terhadap ekonomi dunia.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor terus ke Filipina untuk mengetahui delegasi Malaysia ke sidang Kemuncak Asean ke-31 dan sidang kemuncak yang berkaitan selama tiga hari.

Sumber: Sinar Online