Polis Pendang Giat Mengesan Lelaki Dikaitkan Kes Dadah


ALOR SETAR - Pihak polis dari bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang kini sedang giat mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Shukor Md Noor, 36, bagi membantu siasatan terhadap kes dadah di daerah itu.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim berkata, alamat terkini lelaki itu dipercayai menetap di 18A 25-8-1 Taman Sri Damai Batu Lancang, 11600 Georgetown, Pulau Pinang.

Sehubungan itu, pihaknya meminta lelaki itu tampil ke IPD Pendang dengan segera untuk membantu siasatan berkaitan laporan PENDANG RPT:4292/15.

"Dia (Shukor) juga boleh berhubung dengan Sarjan Mohd Fadzli Fitri Jamaludian di talian 04-7596222 atau terus datang ke IPD Pendang untuk membantu siasatan.

"Ia berkaitan dengan kes dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya. - Kedahnews.com