PPBM Gagal, Mahathir Cuba Alih Isu Tuding Jari Ke Arah KDN?


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat hanya bergantung kepada tiga orang tokoh sahaja dan bukan di atas dasar kekuatan sebenar parti kerana ia ditubuhkan adalah untuk menggantikan UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, tiga tokoh tersebut ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Tetapi...adakah Muhyiddin dan Mukhriz mempunyai ramai pengikut? Amat diragui. Situasi ini jauh berbeza semasa UMNO ditentang oleh Semangat 46 yang cuba untuk menggantikan UMNO.

"Ketika itu, hampir separuh anggota Kabinet kerajaan menyokong Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah dan akhirnya Semangat 46 'tutup kedai'. Apakah nasib PPBM tanpa Tun Mahathir?,"katanya dalam satu kenyataan semalam.


Tambah Mohd Puad, matlamat PPBM adalah untuk menggantikan UMNO kerana itu perkataan Bersatu diletakkan dalam nama parti, warna merah menjadi pilihan dan mempunyai struktur yang sama, punyai bahagian dan cawangan.

"Mana datangnya keahlian PPBM? Cuba curi ahli UMNO untuk masuk PPBM. Namun gagal. Tun Mahathir mengakui PPBM gagal mengadakan mesyuarat agung partu di saat UMNO akan mengadakan perhimpunan agung minggu hadapan.

"Tun Mahathir cuba untuk mengalihkan isu dengan pergi ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mendapatkan jawapan mengapa Pakatan Harapan masih belum mendapat kelulusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Macam mana nak lulus kalau komponennya masih dibelenggu masalah. Termasuh PPBM yang gagal mengadakan AGM," katanya.

Ujarnya lagi, masalah Tun Mahathir bermula apabila ditipu oleh Ketua Ketua Bahagian yang majoritinya adalah bekas pimpinan UMNO yang kehilangan pengaruh dan mencari tempat pergantungan baru.

"Bila disemak keahlian Bahagian PPBM, ada di kalangan ahli itu terkejut. Mereka mendakwa masih dan tetap ahli UMNO. Nama mereka didaftar tanpa pengetahuan si empunya diri. Kalau di Bahagian pun kelam kabut maka apatah lagi cawangan.

"Sebenarnya cawangan pun tidak wujud di kebanyakan Bahagian Bahagian PPBM.Itu belum di ambil kira cawangan sayap sayap, Serikandi atau Armada. Armada sendiri adalah sayap haram,"katanya.

Dr Puad mempersoalkan apakah nasib PPBM tanpa tiga tokoh itu kerana jelas parti itu ditubuhkan hasil daripada orang-orang yang gagal.

Semalam, Mukyiddin berkata PPBM perlu diberi tunjuk ajar dan nasihat Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung isu sekitar mengadakan mesyuarat agung tahunan memandangkan parti itu masih baru

Agak peleik juga kenyataan Muhyiddin kerana Dr Mahathir adalah bekas Presiden UMNO selama 22 tahun sementara beliau sediri adalah bekas Timbalan Presiden dan bekas Naib Presiden UMNO masih memerlukan tunjuk ajar ROS cara menguruskan sebuah parti. - Kedahnews.com