PENDANG - Pusat pemindahan mangsa banjir yang beroperasi di Dewan Komplek Rakan Sukan Tanah Merah sejak Isnin lalu telah ditutup secara rasmi pada jam 3 petang semalam.
Pegawai Daerah Pendang, Zaid Ahmad berkata, kesemua mangsa banjir yang terdiri daripada 53 keluarga melibatkan 197 mangsa dari 12 buah kampung telah dihantar pulang ke rumah masing-masing.
"Kami menyediakan pengankutan bagi memastikan keselamatan mereka bersama keluarga terjamin katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, sebelum membenarkan kesemua mangsa pulang, pihaknya melakukan pemantaun terlebih dahulu ke kawasan rumah mereka.
"Berdasarkan pemantauan yang dibuat, keseluruhan kawasan banjir sudahpun pulih sepenuhnya.
"APM (Agkatan Pertahanan Awam Malaysia) diminta menguruskan penghantaran mangsa pulang ke rumah masing-masing," katanya.
Menurut Zaid, pihaknya amat memuji kerjasama baik yang diberikan APM, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), penghulu mukim dan pelbagai lagi agensi lain.
"Kerjasama baik seperti ini perlu diteruskan bagi memastikan sebarang bencana dapat diurus dengan baik," katanya.
Sumber: Sinar Online