Rakyat Mengharap BN Untuk Terus Terajui Negara. - Presiden MCA


GURUN - Lima nilai murni yang dipraktikkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak Malaysia mencapai kemerdekaan membuktikan parti itu layak untuk terus menerajui tampuk kepimpinan negara.

Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, lima nilai teras yang diamalkan Barisan Nasional termasuk kerjasama antara parti komponen, harmoni, perpaduan antara kaum, koordinasi kerja yang baik dan persepakatan dalam masyarakat berbilang kaum.

"Nilai-nilai inilah yang membolehkan rakyat menaruh harapan kepada kerajaan sekarang kerana setiap janji ditepati dan kita tidak membelakangkan rakyat," katanya kepada pemberita selepas ketika menghadiri majlis santai bersama penduduk Kampung Sungai Bongkok, di sini hari ini.

Menurutnya, ketiadaan nilai tersebut pada pembangkang membuatkan mereka berpecah dan mereka hanya bersatu kerana masing-masing mempunyai agenda sendiri.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan, Datuk Dr. Leong Yong Kong dan Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Lee Chee Leong.

Katanya, Malaysia menjadi contoh kepada negara luar oleh kerana nilai pemerintahan yang baik dengan kerajaan mengotakan janjinya kepada rakyat.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan beras kepada 73 orang mangsa yang terjejas dilanda bencana banjir pada awal November lalu.

Sumber: Utusan