RUU Perbekalan KPDNKK Sudah Pun Diluluskan, PAS - Pakatan Harapan Masih Berantakan


Harakahdaily, portal rasmi PAS menyifatkan portal propembangkang, Malaysiakini sebagai  berat sebelah berhubung laporan berita tentang undian belah bahagi untuk Rang Undang-Undang (RUU) perbekalan peringkat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Dewan Rakyat.

Semalam Malaysiakini menerbitkan berita bertajuk "Hanipa Sekolahkan 'Adik Berhingusnya' Dalam PAS".

Wah, hebat kan tajuk berita ini...? Persoalan ini saya tujukan khas kepada sidang editor Malaysiakini, kata, Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS Syed Ahmad Fadhli

Mengapa portal ini sering bersikap berat sebelah dalam pemberitaan?

Malaysiakini semalam melaporkan pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) Hanipa Maidin yang juga Ahli Prlimen Sepang 
menyifatkan Syed Ahmad sebagai “budak berhingus” selepas mengupas cubaan Pakatan Harapan menolak Belanjawan 2018.

Menjawab tuduhan itu,  Syed Ahmad menjelaskan bahawa Malaysiakini hanya menyenaraikan nama enam Ahli Parlimen PAS yang tidak hadir ketika pengundian.

Di manakah senarai nama 26 Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang juga tidak hadir pada malam itu? tanya Syed Ahmad.

Beliau  mendakwa Malaysiakini 'takut' hendak menyenaraikan nama tokoh besar PH yang tidak hadir pada undian itu yang terdiri Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah,  Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang,  Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin,  Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin,  Pengerusi DAP, Tan Kok Wai dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah.

"Portal Malaysiakini memang terkenal dalam kepakaran spin dan menipu sama sahaja seperti pemimpin Pakatan Harapan", kata Syed Ahmad yang menulis dengan tajuk berita Portal Malaysiakini; Bilakah mahu bersikap adil? di halaman Harakahdaily semalam

Syed Ahmad memberi contoh status FB Ahli Parlimen PKR, YB Fuziah dan Ustaz muda PKR yang bertuankan DAP, Wan Ji.

Mereka menggunakan perkataan "Undian Tolak Kenaikan Harga Barang" dan "Undian Sokong Turunkan Harga Minyak".

YB PAN Kuala Terengganu yang berdiri di tepi jalan menuju Parlimen pula memegang placard yang tertulis "Keputusan Undi Untuk Menentang Kenaikan Harga Minyak dan Barangan serta Kos Sara Hidup".

Sebab itu saya sudah cadangkan Pakatan Harapan ditukar namanya kepada "Pakatan Penipu"kata Syed Ahmad.

Hal ini kerana sebenarnya undian belah bahagian yang berlangsung pada malam Isnin itu adalah Bajet 2018 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi peringkat jawatankuasa.

Mengapa disebar kepada orang awam undian itu berkenaan hal lain? ujar Syed Ahmad.

Menurut Syed Ahmad lagi , perkara itu dibuat untuk menggambarkan dua Ahli Parlimen PAS yang berkecuali seolah-olah menyokong kerajaan BN untuk kenaikan harga minyak, barang dan kos sara hidup.

Bukankah itu menipu namanya? tanya Syed Ahmad.

Hanipa semalam menyindir  pemimpin muda PAS itu supaya terus belajar lagi hal ehwal politik apabila menyifatkan Pakatan Harapan tidak serius dengan undi belah bahagi bagi bajet.

Dalam undian itu RUU Perbekalan untuk kementerian itu, pihak kerajaan menerim 52 undian sokongan berbanding 51 undian bantahan pihak pembangkang.

Pembangkang hampir berjaya menolak bajet itu selepas enam wakil rakyat PAS yang berada dalam dewan ketika itu memilih mengundi menolaknya.

 Bagaimanapun dua anggota parlimen PAS berkecuali, iaitu Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan anggota Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff.

Walaupun diprotes oleh pihak pembangkang, Timbalan Speaker Datuk Seri Dr Ronald Kiandee meluluskan RUU itu.

Pembangkang juga tidak boleh menyalahkan pihak lain kerana ramai anggota Pakatan Harapan juga tidak berada di dalam dewan semasa undian itu. - Kedahnews.com

.