SPRM Belum Terima Laporan Rasuah Pemain Bola Sepak Kedah


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah belum menerima laporan berkaitan dakwaan pemain bola sepak Kedah menerima rasuah pada perlawanan akhir Piala Malaysia minggu lalu.

Pengarahnya Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata, SPRM akan membuat siasatan sekiranya mereka menerima laporan yang mempunyai asas rasuah mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Menurutnya, jika sabit kesalahan suspek berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau lima kali ganda suapan mengikut mana yang lebih tinggi.

"Mana-mana pihak yang mempunyai bukti boleh tampil menyalurkan maklumat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan yang tular di media sosial mengenai tujuh pemain Kedah termasuk jurulatih disogok RM200,000 seorang pada perlawanan itu.

Sumber: MyMetro