Sultan Perak Titah Hukuman Mati Dua Banduan Diringankan


IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan hukuman mati terhadap dua banduan diringankan kepada penjara seumur hidup.

Setiausaha Lembaga Pengampunan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, Sultan Nazrin menitahkan perkara itu selepas baginda mempengerusikan persidangan Lembaga Pengampunan Negeri Perak pada 12 Oktober lalu menjelang sambutan hari ulang tahun keputeraan baginda.

Menurutnya, Sultan Nazrin menitahkan hukuman dua banduan masing-masing disabitkan hukuman mati atas kesalahan di bawah Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 diringankan kepada penjara seumur hidup

berkuat kuasa mulai tarikh persidangan Lembaga Pengampunan Negeri Perak pada 12 Oktober lalu.

“Setiap seorang daripada mereka telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Taiping pada 19 Mac 2009 dan 15 Jun 2009 dan rayuan kedua-dua mereka telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan

Mahkamah Persekutuan.

“Mereka berdua telah menjalani hukuman penjara lebih 16 tahun mulai tarikh reman pada 2001. Hukuman mereka daripada hukuman gantung sampai mati kepada penjara

seumur hidup berkuat kuasa hari mulai tarikh persidangan Lembaga Pengampunan Negeri Perak 12 Oktober lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: Utusan Online