Suspek Rogol Pelajar IPTA Berjaya Ditahan


KLANG - Suspek yang merogol serta melakukan samun bersenjata seorang pelajar sebuah universiti awam di sini kelmarin berjaya ditahan dalam satu tangkapan di sebuah pangsapuri di Pelabuhan Klang di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, suspek berusia 27 tahun itu merupakan bekerja sambilan sebagai pemandu Grab Car itu berjaya ditahan kira-kira pukul 4 pagi tadi.

“Selain menahan suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes pecah rumah, polis juga merampas beberapa barangan seperti telefon binbit jenis Samsung J2 Prime milik mangsa, sebuah kenderaan jenis Proton Saga dan sehelai seluar jeans berwarna biru, sebilah pisau dan kasut berwarna merah.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 9 November ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber:Utusan Online