Tanggungjawab Kerajaan Pusat Bantu Mangsa Banjir - Najib


Kerajaan negeri tidak perlu meminta pertolongan daripada kerajaan pusat kerana sudah menjadi tanggungjawab kerajaan termasuk angkatan tentera membantu mangsa bencana termasuk di kawasan yang dilanda banjir..

Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak biarpun negeri itu dikuasai pembangkang kerajaan pusat akan membantunya atas sifat kemanusiaan dan tanggungjawab sebagai kerajaan.

Peranda Menteri bekata demikian sebagai mengulas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang meminta bantuan daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menghantar pasukan keselamatan ke negeri itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam sidang media hari ini berkata, pasukan ATM akan membantu, mereka akan berlepas petang ini dan segalanya akan dikoordinasi oleh Majlis Keselamatan Negara.

"Kita akan membantu mangsa-mangsa banjir, keperluan mereka kita akan tentukan untuk kita memberi bantuan-bantuan yang mereka perlu.

“Majlis Keselamatan Negara juga sudah mengeluarkan arahan, dan mereka (Majlis Keselamatan Negara) akan selaraskan bentuk bantuan serta agensi yang akan ke sana (Pulau Pinang),” katanya selepas meninjau Hospital Medan ATM di Hospital Sultan Al Mizan Zainal Abidin di sini hari.

Sementara itu, di Kuching,  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara untuk bekerjasama dengan polis dan anggota tentera bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Katanya beliau menerima panggilan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang pada 3.34 pagi untuk memaklumkan mengenai keadaan banjir di negeri itu sebelum mengarahkan MKN menggerakkan agensi terlibat.

"Pada 8.30 pagi ini, mereka telah menggerakkan unit berkenaan untuk membantu mangsa banjir," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri program Ekspresi Negaraku di sini.

Ahmad Zahid tiba di Sarawak malam tadi dan dijangka menghadiri satu lagi acara di Ibu Pejabat Polis Sarawak di sini sebelum mengakhiri lawatannya di negeri  - Kedahnews.com