Terlepas Cakap, Ibu ‘Kantoi’ Hubungan Fattah, Fazura?


MESKIPUN pasangan selebriti ini masih belum pulang ke Malaysia, namun spekulasi mengenai status mereka nampaknya masih kencang!

Mana taknya, begitu banyak foto pasangan, Fattah Amin dan Nur Fazura bergambar bersama di Tanah Suci tersebar secara meluas di laman sosial.

Antaranya, gambar yang memaparkan pasangan ini sedang duduk bersebelahan di meja makan, di Jabal Rahmah dan termasuk juga di hadapan Masjidil Haram.

Selain gambar berkenaan, terdapat juga sebuah klip video memaparkan mama kepada pelakon wanita itu mendoakan agar jodoh anak-anaknya berkekalan.

“Mama nak doakan semoga jodoh anak-anak berkekalan,” kata Fadhillah Nasir yang merupakan ibu Fazura menerusi klip video yang tular itu.

Rakaman berkenaan secara tidak langsung dilihat bagaikan menguatkan lagi spekulasi status pasangan berkenaan yang dikatakan sudah ‘bernikah’.


Memetik sumber, Fadhillah berkata demikian ketika ditanya oleh pengurus Fattah iaitu Sakirin Shak sewaktu keberadaan mereka di Jabal Rahmah pada 15 November lalu.

Namun sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada kedua-dua hero dan heroin drama rantaian Hero Seorang Cinderella itu berkaitan perkara ini.

Tetapi, pasangan tersebut berkata bakal mengadakan sidang media khas pada 23 November depan bagi menjawab segala teka teki yang bermain di minda orang ramai. - Kedahnews.com