DANANG, Vietnam - Selepas beberapa hari menemui jalan buntu, 11 negara anggota Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang bermukim di sini, akhirnya bersetuju untuk meneruskan perjanjian perdagangan itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, persetujuan dicapai berhubung elemen teras dalam pakatan perdagangan itu.
Persetujuan yang sepatutnya dicapai semalam ditangguhkan di saat-saat akhir berikutan ‘kegagalan’ Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan TPP di sini, petang semalam.
"Menteri-menteri berbangga mengumumkan bahawa mereka sudah bersetuju mengenai elemen teras Perjanjian Komprehensif dan Progresif TPP,” ujar kenyataan tersebut.
Sumber: Utusan Online