VIDEO: "Jangan Cakap Pundek Pundek Ya" – TMJ


KATA-KATA ketua pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim kepada ‘haters’ sedikit sebanyak telah mencemarkan kemenangan 2-0 pasukannya menentang Kedah, pada malam Sabtu.

Safiq, ketika meraikan kemenangan JDT menjuarai Piala Malaysia dihadapan penyokong di Stadium Shah Alam berkata “All the haters pundek, Gua Champions sial. Babi anak haram,” dipercayai ditujukan kepada pengkritiknya.

Mungkin kerana terlalu teruja, gembira dan bercampur geram, namun kata-kata tersebut dianggap keterlaluan oleh peminat bola sepak tempatan dan tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang pemain profesional.

Bahkan, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik pasukan JDT turut menegur Safiq untuk tidak menyebut perkataan kesat itu lagi.

“Jangan cakap pundek pundek ya. Jangan cakap pundek pundek, sampaikan ucapan tahniah,” kata TMJ dengan tegas sekali kepada Safiq.


Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu berkata demikian ketika memberikan ucapan pembukaan sempena majlis kejayaan skuad Harimau Selatan itu yang diadakan pada Isnin.

Safiq yang dilihat seakan ‘merah padam’ mungkin kerana malu ditegur di hadapan khalayak ramai berjanji kepada TMJ untuk tidak melakukan perkara tersebut sebelum menyampaikan ucapannya.

“Mohon ampun Tuanku, tak cakap pundek pun orang lain akan cakap jugak,” balas Safiq.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 59 saat yang memaparkan tindakan pemain tengah itu mengeluarkan kata-kata kesat kepada penyokong lawan menerima kecaman ramai, apatah lagi pemain berusia 30 tahun itu juga merupakan kapter pasukan Harimau Malaya. – Kedahnews.com