PERKAHWINAN pasangan selebriti media sosial Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad masih lagi menjadi buah mulut para netizen yang sememangnya mahu melihat mereka disatukan.
Namun, dalam kebahagiaan pasangan ini melayari hari-hari pertama sebagai suami isteri, ada pula suara-suara sumbang yang tidak senang dengan satu video yang dimuat naik oleh Aina.
Mungkin mengungkit kembali kisah Aina dan Hafiz yang mesra sejak masih bergelar kekasih dahulu, @adaaazman meninggalkan komen negatif yang agak tidak ‘seswai’ dilemparkan kepada orang yang dia tidak kenali di luar media sosial.
“@adaaazman: @syafiqahaina dlu dia sebelum kahwin pegang2 peluk2 boleh pulak. Ni lepas dah kahwin baru nk pasal halal haram. Sebelum kahwin dlu takde pun nak cakap pasal halal haram sweet2 tu? “
Dalam video itu, Aina dan Hafiz dilihat berdakapan erat sambil berpandangan romantis antara satu sama lain.
Biar lah, orang dah sah jadi suami isteri kan?
Dalam pada itu, seorang lagi netizen yang gigih mempertahankan pasangan tersebut dengan membidas kembali kata-kata ‘mak cik bawang junior’ itu.
“@aaaaaimii: @syafiqahaina kak aina dont worry dia jealous dengan kebahagiaan kak aina dngn abg apiz sebab dia seumur hidup tak pernah nak merasa kebahagiaan mcm ni love you kak aina so happy for you and apiz“
“@aaaaaimii: @adaaazman aq bersyukur sangat ada manusia mcm kau dalam dunia ni. Aina dngn apiz pegang2 peluk2 dulu dosa diorang. Tp sekarang bila kau kutuk diorang. Kau yang kurangkan dosa diorang”
“@aaaaaimii: @adaaazman mulut puaka patutla kecam kebahagiaan orang. mulut puaka sebab tu jugakla takde orang nak“
Belum selesai satu isu, hari ini baju resepsi yang dipakai oleh Aina turut menjadi sasaran netizen yang tidak beradab.
Meskipun kelihatan anggun dengan persalinan berwarna merah jambu yang dihiasi taburan bunga fabrik dan manik, namun ada juga yang tak senang duduk melihat baju kahwin Aina!
“@nurulelya_mua: @noranisibrahim cantik… tp macam costume perarakan pesta bunga.. too much… tp cantik… color cun- cuting cun- only thing those bunga kacau skit.. skit jaaaa but still kacau..”
“@classy_gurl89: @skarlettdee agreed on you. Kalo tgk semua baju2 dr akad nikah till sanding. All too crowded. Kembang2, bunga2 bersepah. N fashion peplum. Decoration dewan, especially plmin full with flowers, nmpk mahal, tp ble bju terlmpau over. Hilang mahal mjlis tu. Nmpk mcm ambil package mak andam kg. Sorry to say. Honest opinion.”
“@skarlettdee: Congratulations! You are beautiful, but in a wrong dress. Less is more. Keep it simple. This dress is way too OTT . Too much embellishments on a petite person like you :(“
Masalahnya, ada sesiapa tanya pendapat korang ke yang nak negatif sangat tu?
Dalam pemerhatian kami, yang selalunya komen buruk di media sosial orang yang tak dikenali secara rapat ni ialah dari golongan budak-budak sekolah.
Inilah dia generasi yang menyalahgunakan media sosial dan sanggup mengatakan yang tidak baik tentang orang di lain di ruangan umum semata-mata untuk memuaskan ego sendiri. Apa-apa pun, tahniah Aina dan Hafiz; semoga berbahagia ke anak cucu!-Kedahnews.com