BERDIAM diri tak bermaksud bersalah. Tapi kadang kala, diam itu lebih baik daripada berkata apa-apa yang mungkin boleh mengeruhkan keadaan.
Sekali lagi, pelakon lelaki pujaan ramai, Zulkifli Ariffin atau Zul Ariffin mengakui bahawa dia sudah mula muak dengan isu yang terpalit antara Zahirah Macwilson, Kamal Adli dan bekas kekasihnya, Emma Maembong.
Zul menerusi BH Online, mengakui bahawa selepas kontroversi itu timbul, hubungannya bersama dengan Zahirah menjadi goyah apabila kekasihnya itu dikatakan menjadi orang ketiga dalam hubungan Kamal dan Emma.
“Ketika isu itu tercetus, saya dan Zahirah gaduh serta tidak cakap selama tiga minggu. Saya hanya dapat tahu mengenai isu itu apabila Emma hubungi saya, bukan daripada mulut Zahirah atau Kamal.
Saya mengakui terasa hati tetapi tidak marah. Isu ini sepatutnya dapat dielak tetapi apa boleh buat, semua sudah berlaku.
“Hubungan Kamal dan Emma sudah baik, Zahirah pula apa yang dia dapat?” katanya ketika ditemui oleh ketika malam kemuncak Anugerah Skrin 2017 malam tadi di PWTC.
Pelakon utama filem Tombiruo:Penunggu Rimba itu mengakui bahawa Zahirah yang sepatutnya berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka yang goyah sejak isu itu mula naik.
Selain itu, pelakon wanita berusia 22 tahun itu turut perlu untuk bersemuka dengannya dan tidak terlalu mengikut kata hati hingga mencetuskan isu lain yang akan membuatkan keadaan jadi lebih buruk.
“Saya kesal kerana isu ini tidak sepatutnya berlaku. Ada rakan di lokasi penggambaran beritahu bahawa Zahirah tertekan apabila kami berselisih faham dan lama tidak berhubung.
“Apa perlu digaduhkan, hubungi saja saya. Perlukah Zahirah menyemarakkan hati dengan melakukan perkara yang boleh menimbulkan isu lain?
“Kami tiada medium lain untuk memperbaikinya. Dia hanya perlu bersemuka dengan saya,” tambah Zul lagi.
Menurut pelakon kelahiran Taiping, Perak itu, dia berfikir bahawa jika benar Zahirah mahu berubah, dia perlu mulakan dengan secepat mungkin namun jika sebaliknya, Zul mungkin tidak akan menyalahkan gadis berketurunan Melayu British itu.
Zul mengakui bahawa selepas apa yang terjadi, kepercayaanya terhadap kekasih hatinya itu sedikit sebanyak telah berkurangan, namun Zul tetap tidak mahu memberi jawapan yang panjang lebar.
“Saya tidak boleh nak menjawab soalan ini. Saya amat terasa,” katanya.
Dalam masa yang sama, Zul turut menafikan anak patung ikan jerung yang dimiliki oleh Zahirah itu merupakan kepunyaannya. Sebaliknya anak patung itu diberikan kepada mereka oleh peminat masing-masing.
“Patung itu peminat yang beri kepada saya kerana ia ada kaitan dengan drama saya Titian Cinta. Manakala yang Zahirah pegang di lapangan terbang itu peminat dia yang beri pada ketika itu.
“Ia bukanlah patung yang sama dan ia tiada kena mengena atau menggambarkan hubungan kami sekarang,” jelas Zul dipetik daripada portal mStar Online.
Selain itu, pelakon berdarah kacukan Melayu Belanda itu, dia juga menolak sekerasnya mengenai khabar angin yang kononnya mengatakan mereka bakal bernikah pada tahun hadapan.
“Tiada apa-apa perancangan ke arah itu. Memang kami pernah berbincang mengenai perkahwinan, tetapi tidak pernah menetapkan tarikhnya.
“Jika mahu bernikah, tidak perlu menunggu hingga tahun depan. Saya hanya mahu ia dijalankan mengikut syarak tanpa perancangan besar,” tegasnya mengakhiri sesi temu bual bersama pihak BH Online.
Kini nama Zul semakin meletup selepas drama lakonannya bersama dengan pendatang baharu, Farah Nabila telah mencetuskan fenomena menerusi drama bertajuk Titian Cinta.
Gandingan antara pelakon hebat dan pelakon baharu sebenarnya dapat memberi impak yang besar jika para pelakon dapat menghayati watak dengan betul.
Jelas menunjukkan bahawa cinta lokasi sebenarnya tidak diperlukan ketika seorang hero bergandingan dengan heroinnya.
Buktinya Zul langsung tidak menjalinkan hubungan cinta dengan Farah tetapi drama itu berjaya menarik hati para penonton.
Walau bagaimanapun, isu ini masih belum lagi terhenti selagi Zahirah belum meberi kenyataan mengenai perkara sebenar seperti mana yang dikehendaki oleh Zul sendiri.
Kini, Zahirah sedang berada di Bosnia bagi menjalankan penggambaran drama terbaharu lakonannya, La Luna menggantikan watak yang sepatutnya dilakonkan oleh Fathia Latif. - Kedahnews.com