Zizan Cedera Di Set Pengambaran Polis Evo 2


PENGACARA dan pelakon, Zizan Razak dipercayai cedera di set pengembaraan Polis Evo 2.

Perkara tersebut didedahkan Zizan sendiri menerusi beberapa foto di akaun Instagramnya, zizanrazak869 semalam.

Antara foto tersebut menunjukkan Zizan terbaring di atas tilam dan dibantu dengan alat pernafasan.

Foto lain menunjukkan Zizan diurut dibahagian kaki dan tangan oleh dua anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Hari ni Zizan cedera dalam satu babak aksi. Dan doakan Zizan cepat sembuh. Amin," kata kapsyen foto tersebut.

Sebelum itu, beliau sempat berpesan kepada orang ramai untuk tidak menyokong aktivi cetak rompak.

"Jadi nasihat Zizan kepada semua tolonglah jangan ada cetak rompak lagi atau curi-curi rakam kerana bukan senang nak hasilkan sesebuah filem.

Sumber: Sinar Harian