REMAJA ditemui lemas selepas terjatuh ketika mandi di Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi, hari ini.
Dalam kejadian 1.15 tengah hari itu, mangsa, Nurul Intan Nadia Muhd Radzi, 17, dari Taman Sejati Indah, Sungai Petani dilaporkan terjatuh ke kawasan air terjun sebelum mayatnya ditemui orang awam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi Mohd Hisham Ibrahim berkata, mayat kemudiannya dibawa naik ke darat.
"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 1.23 tengah hari sebelum menghantar sepasukan lapan anggota bersama dua jentera termasuk jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi.
"Sejurus tiba, anggota dimaklumkan mayat ditemui orang awam dan dibawa naik ke darat," katanya ketika dihubungi di sini.
Mohd Hisham berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.
"Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Sumber: MyMetro