AL-FATIHAH: Isteri KPN Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR- Puan Sri Azizah Hamdi iaitu isteri Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 7.02 malam ini.

Difahamkan, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sebelum dibawa ke kampung halamannya di Rapat Jaya, Ipoh, Perak untuk dikebumikan.- Kedahnews.com