Anak Muhyiddin Tinggalkan Eden Inc. Bhd.


KUALA LUMPUR – Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin akan melepaskan kedudukan pengarah bukan bebas dan bukan eksekutifnya di Eden Inc. Bhd., berkuatkuasa 31 Disember 2017.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, Eden berkata Fakhri, 42, adalah anak kepada bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Fakhri telah meletak jawatan dari lembaga tersebut untuk memberi tumpuan kepada komitmen perniagaannya yang lain.

Fakhri juga merupakan menantu kepada Tan Sri Abd Rahim Mohamad dan Puan Sri Fadzilah Md Ariff, yang masing-masing merupakan pengerusi eksekutif dan pengarah eksekutif syarikat itu.

Fakhri kini memegang 40,000 unit saham di Eden.

Menurut perfailan terkini dalam bursa saham, Rahim dan keluarganya memegang 29.40 peratus kepentingan di Eden, di mana 14.07 peratus dikendalikan melalui Serata Padu Sdn Bhd dan 10.92 peratus lagi yang dipegang melalui Zil Enterprise Sdn. Bhd.

Perniagaan Eden termasuklah penjanaan kuasa, restoran, katering makanan, runcit makanan laut dan pembuatan pemutus litar dan peralatan elektrik.

Pada 5 petang hari ini, saham Eden ditutup tidak berubah pada 17.5 sen, yang meletakkan nilai syarikat itu pada RM54.49 juta. –Kedahnews.com