Awas...Mahfuz Omar, Nasir Mustafa Sedang Dipantau Oleh PAS


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa yang masih menjadi ahli PAS adalah antara yang sedang dengan dipantau oleh parti itu.

Langkah itu dibuat oleh PAS selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit yang juga ketua pembangkang Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baru-baru ini.

Beberapa wakil rakyat PAS yang dijangka keluar parti kini sedang dipantau, kata Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani.

“Mereka menjurus ke arah sana (Pakatan Harapan) dari sudut program dan kehadiran, meninggalkan terus program-program Pas sejak sekian lama.

“Kita harap mereka ini istiqamah dan, fikir balik tentang baiah, orang ramai yang menyokong (mengundi)  mereka di musim pilihan raya, di samping mengambil kira pengorbanan orang kampung,” Azman.

Walaupun belum meninggalkan PAS, Mahfuz yang juga bekas Naib Presiden parti Islam itu sering menyerang parti itu kerana enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Mahfuz dilaporkan tidak akan dicalon semula oleh PAS pada PRU14. Keputusan itu bagaimanapun disambut oleh bekas Ketua Pemuda PAS itu dengan penuh kesuyukuran.

Difahamankan mereka yang berjinak-jinak dengan Pakatan Harapan ini  lebih rela dipecat oleh PAS daripada meninggalkan parti sekarang ini.  - Kedahnews.com