Banjir: Kerajaan DAP Pulau Pinang Akhirnya Mengaku Silap


Kerajaan Pulau Pinang mengakui banjir yang melanda negeri itu pada November lalu memberi pengajaran besar yang perlu diambil bagi membetulkan segala kesilapan yang dilakukan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Perdagangan Domestik dan Hal Ehwal Pengguna negeri itu, Datuk Abdul Malik Abul Kassim,berkata perkara ini perlu segera diatasi dan dijadikan pengajaran selain menganggap ujian Allah kepada penduduk Pulau Pinang supaya lebih waspada.

 Menurut beliau kerajaan negeri tidak menjangkakan bencana alam seperti banjir bakal berlaku di negeri itu sehingga turut mengorbankan nyawa penduduk.

"Kita akui sering alami banjir, namun tidak terfikir berlaku bencana sehingga menjejaskan hampir keseluruhannya dan sekali gus boleh dianggap sejarah terburuk kepada Pulau Pinang.

"Dalam bencana yang berlaku bulan lalu ia turut mengakibatkan tujuh mangsa termasuk lima warga emas terkorban" katanya pada majlis penyerahan cek RM100,000 sumbangan bantuan banjir kepada Kelantan dan badan bukan kerajaan (NGO) di Kompleks Darul Naim (SUK), semalam.

Sebelum ini kerajaan DAP Pulau Pinang dingatkan agar tidak  meletakkan kesalahan kepada Kerajaan Pusat sekiranya berlaku bencana alam di negeri itu.

Bencana yang berlaku itu adalah kesilapan kerajaan negeri itu sendiri yang tidak mengikuti garis panduan pembangunan di lereng bukit yang telah dikeluarkan pada 2009.

Kerajaan negeri itu sebaliknya mengguna pakai garis panduan keselamatan pembangunan lereng bukit yang dibuat sendiri pada 2012 kerana kononnya sesuai dengan mereka.

Setiap negeri perlu  mematuhi garis panduan yang telah dikeluarkan dan diiktiraf oleh Majlis Pembangunan Fizikal Negara. - Kedahnews.com