BARU sahaja seminggu mendirikan rumah tangga, pelawak terkenal Tauke Jambu bakal mengeluarkan produk ubat kesihatan seksual lelaki atau ubat ‘kuat’ tidak lama lagi.
Tauke atau nama sebenarnya, Zamratul Amri Zakaria,41, memberitahu bahawa produk yang diberi nama Kama-Max bakal dilancarkan dalam masa terdekat setelah mengusahakannya sejak pertengahan tahun lalu.
“Saya dapat idea pertengahan tahun lalu dan mengusahakannya dengan seorang rakan.
“Ini adalah masalah lelaki yang malu untuk bertanya, jadi saya fikir ingin membantu kaum Adam sahaja,” katanya dipetik daripada mStar Online.
Apa yang lebih melucukan ialah apabila Tauke sempat juga memberikan produk berkenaan kepada rakan baiknya, Abam Bocey yang juga baru mendirikan rumah tangga sehari sebelum majlis pernikahannya.
Sabtu lalu, Tauke telah mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan hatiya, Nadia Mohd Affendi,28, di De’Laman, Shah Alam dengan sekali lafaz.
Selepas dia memuat naik beberpaa keping foto produk tersebut di akaun Instagram miliknya, banyak respon positif yang diterima daripada kaum lelaki yang mempunyai masalah sedemikian.
“Perkara ini boleh menjadi punca pergaduhan dalam rumah tangga dan saya suka nak membantu mana-mana yang mempunyai masalah tersebut.
“Ramai juga yang hantar mesej kepada saya bertanya tentang masalah lelaki selepas mereka tahu saya jual ubat ini. Saya tidak kisah yang mana boleh bantu kita cuba bantu,” tambahnya lagi.
Akui bahawa perkahwinan kali keempat ini telah membuatkan kehidupannya lebih terurus berbanding ketika zaman ‘bujang’ dahulu.
Dalam masa yang sama, pasangan suami isteri itu juga masih lagi dalam proses untuk mengatur hidup mereka yang baru sahaja melayari bahtera perkahwinan supaya menjadi lebih indah.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya pun dah boleh berehat selepas majlis perkahwinan kami.
“Sekarang rasa ada orang jaga dan makan minum pun lebih tersusun,” katanya lagi.
Tak ramai sebenarnya selebriti tempatan yang berani untuk promosi produk ubat kuat ni. Iya lah, ada sesetengah individu menganggap ianya sebagai perkara sulit yang agak malu untuk diceritakan.
Apa pun tahniah diucapkan kepada Tauke diatas perkahwinan minggu lalu dan semoga bisnes ubat kuat itu terus berjaya. –Kedahnews.com