Bayi Terlampau Besar, Zizie Izzete Perlu Bersalin Awal


PELAKON putih gebu, Zizie Izzate, 39, difahamkan bakal melahirkan sepasang bayi kembar selewat-lewatnya pada Februari depan.

Namun kini, pelakon yang merupakan isteri kepada Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dikatakan perlu melahirkan bayi kembarnya itu lebih awal daripada tarikh yang dianggarkan.

“Saya baru sahaja pulang daripada melakukan pemeriksaan bulanan di Hospital Prince Court dan saya terkejut bila doktor memberitahu bahawa saya perlu bersalin lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya kerana bayi semakin membesar!

“Masing-masing sudah mencecah berat 2.5kilogram! Jadi saya perlu bersedia fizikal dan mental untuk bersalin secara pembedahan nanti,” tulisnya di ruangan caption gambar dekat akaun Instagram miliknya.

Boleh tahan besar juga bayi Zizie tu ya. Kalau seorang dah cecah 2.5 kilogram, maksudnya Zizie sekarang tengah bawa bayi seberat 5 kilogram!

Hasil perkahwinannya bersama dengan Bung, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel iaitu Naila Nurjenna, 3 tahun.


Sebelum ini juga, Zizie telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia langsung tidak melakukan sebarang rawatan kesuburan mahupun IVF.

Selain itu, pelakon drama rantaian popular, Hero Seorang Cinderella itu juga dikatakan tidak mengambil sebarang ubat-ubatan, petua mahupun memakan makanan tambahan bagi memudahkan proses mendapatkan zuriat.

Tambahan lagi, Zizie sememangnya langsung tidak mempunyai sebarang masalah untuk hamil.

Jadi itu semua sememangnya rezeki daripada Allah S.W.T. Semakin meriahlah lepas ni keluarga Zizie ya, tambah pula dengan kehadiran anak angkat mereka yang diberi nama Aaric Zayn Izette.

Tahniah diucapkan kepada Zizie dan suami yang bakal menimang bayi kembar tak lama lagi. Tak sabar pula nak tunggu baby kembar Zizie lahir… Mesti comel macam ibunya kan! - Kedahnews.com