BABY shark doo doo doo doo… Lagu kanak-kanak Baby Shark bagaikan fenomena bagi sesetengah kanak-kanak dan turut menjadi ikutan buat orang dewasa.
Sejak dimuat naik pada tahun lalu kini video lagu itu sudah ditonton sebanyak hampir 1.5 bilion kali oleh netizen dari seluruh dunia!
Berita baik kepada ibu bapa untuk mengisi masa lapang bersama-sama dengan anak-anak pada hujung minggu ni! Nak tahu apa dia?
Baby Shark bakal ‘turun’ ke Malaysia dari 9 hingga 10 Disember ini dan anda berpeluang untuk beramah mesra serta menari dengan keluarga jerung Pingfong di Highstreet, One Utama Shopping Centre, Petaling Jaya.
Selain Pingfong dan Baby Shark, anda juga berpeluang untuk berjumpa pelbagai lagi karakter kartun seperti Teenage Mutant Ninja Turtle, Ben 10, Didi and Friends, Cam and Leon serta The Zee Starts di Fun Escapade 2017!
Wahhh… Seronoknya dapat tengok karakter kartun kegemaran depan mata pula tu.
Memandangkan lagu Baby Shark bagaikan satu fenomena bukan sahaja di Malaysia, malah turut dirasai di seluruh dunia, maka banyaklah video parodi dapat ditonton menerusi internet.
Selain itu, satu lagi berita baik telah diumumkan untuk peminat Baby Shark!
Hari ini, Astro dan Pingfong telah bekerjasama untuk menghiburkan kanak-kanak di Malaysia iaitu dengan melancarkan beberapa rakaman lagu baharu.
Usahasama ini akan menyaksikan sebanyak 70 buah lagu baharu termasuk ‘Baby Shark’ versi Bahasa Malaysia (Bayi Yu) dan empat lagi lagu tambahan di Astro Best dan On Demand.
Maka, pelanggan Astro boleh menikmati lagu daripada Pinkfong dengan hanya RM10 selama lima hari tayangan!
Tunggu apa lagi, cepat-cepat langgan tawaran yang hebat ni! Mesti ramai kanak-kanak tak sabar nak menyanyi dan menari kan! – Kedahnews.com