SETIAP pasangan suami isteri pasti mahu dikurniakan cahaya mata. Namun setiap yang terjadi pastinya sudah dirancang oleh Allah SWT.
Mungkin belum sampai masanya bagi pelakon Mia Ahmad dan suami, Idzham Tarmizi untuk menimang cahaya mata apabila baru-baru ini Mia disahkan mengalami keguguran.
“Ya, betul saya keguguran. Tapi bila, kenapa dan lain-lain soalan lagi saya tidak dapat kongsi buat masa sekarang. Maaf ya,” ujar Mia dipetik daripada mStar Online.
Bagaimanapun, Mia dan suami yang kini sedang bercuti di ibu kota Britain, London masih belum lagi bersedia untuk berkongsi kisah sedih itu kepada peminat mahupun media.
Tak mengapalah, kami sendiri faham keadaan Mia yang kini perlu banyak berehat. Mungkin apabila mereka sudah pulang ke tanah air, barulah Mia bersedia untuk berkongsi kisah tersebut.
Semalam, Mia telah memuat naik satu Instastory yang menunjukkan suaminya itu sedang memegang tangannya sambil memberitahu bahawa mereka perlu menerima qada dan daqar Allah.
Dalam masa yang sama, Mia juga ada memuat naik satu video yang mana menunjukkan sebuah produk sesuai digunakan oleh ibu dalam pantang mahupun yang mengalami keguguran.
Ramai peminat yang prihatin telah meninggalkan komen positif dengan menyuruh supaya Mia banyakkan berehat dan bersabar atas dugaan yang berlaku.
Mia turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan dirinya bersama dengan suami.
“Cakap yang baik-baik, bahagian masing-masing dan ini bahagian kami. Kepada yang mendoakan, terima kasih. Semoga kebaikan juga yang Allah balas,” tambahnya yang merupakan isteri kepada penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Tak mengapalah Mia, mungkin sudah takdir Allah mengatakan bahawa belum sampai masanya untuk Mia dan suami bergelar ibu bapa.
Anak merupakan anugerah paling berharga. Jadi, kalau bukan sekarang pasti dalam masa akan datang, Allah akan kurniakan cahaya mata kepada kalian berdua. Yang penting usaha, sabar dan sentiasa berdoa. - Kedahnews.com