Berangan Nak Wajah Persis Angelina Jolie ... Ini Jadinya!


OBSES dengan pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie, seorang remaja berusia 19 tahun sanggup menjalani lebih daripada 50 pembedahan untuk menyerupai idolanya itu.

Sahar Tabar dari Iran berkata, dia merupakan peminat tegar bekas isteri Brad Pitt itu dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki wajah cantik sepertinya.

Antara tranformasi yang dilakukan ialah membesarkan bahagian bibirnya dan membentuk tulang pipi yang hampir kelihatan sama dengan pipi pelakon yang berusia 42 tahun itu.



Namun, setelah menjalani banyak pembedahan, wajahnya kini tidak ubah seperti mayat hidup dan sering dikritik kerana tindakan luar kawalannya itu.

Disebabkan itu juga, akaun Instagramnya @sahartabar_official kini mempunyai hampir empat ratus ribu pengikut.

“Anda dulu cantik, tapi kini wajah anda tidak ubah seperti zombie,” itu antara luahan salah seorang pengikutnya di laman Instagram.

Selain itu, ada juga yang mengkritik wajahnya kini kelihatan seperti Victoria Everglot, watak utama dalam filem The Corpse Bride arahan pengarah Hollywood terkenal, Tim Burton dan Mike Johnson.

Bagaimanapun, terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa Sahar tidak menjalani pembedahan plastik. Dia dipercayai hanya mengubah wajahnya dengan menggunakan topeng muka prostetik mahupun teknik suntingan gambar.

Sumber:Astro Awani