Beruang Matahari Jantan Maut Dirempuh Motosikal


DUNGUN – Seekor beruang matahari jantan dewasa yang dianggarkan seberat 100 kilogram (kg) maut dirempuh sebuah motosikal kap­cai selepas haiwan itu tiba-tiba memasuki Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Kuala Dungun di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 6.50 petang di Kilometer 347.5 LPT2 itu, penunggang motosikal Yamaha Y15ZR, Ahmad Hafizuddin Zulkifli, 29, bernasib baik apabila mangsa hanya ce­dera ringan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaakob berkata, sewaktu kejadian, Ahmad Hafizuddin sedang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari Kuantan, Pahang.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, seekor beruang yang dipercayai berasal dari Hutan Simpan Rasau berhampiran lebuh raya tersebut tiba-tiba menyeberang LPT2.

“Pada masa sama, mangsa sedang menunggang motosikal di laluan kiri lebuh raya tersebut.

“Pemuda itu gagal mengelak lalu merempuh beruang terbabit sebelum motosikalnya tercampak ke tepi jalan,” katanya semalam.

Sumber - Kosmo