Bil SYABAS Boleh Dibayar Melalui JomPAY Januari


KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) berkata mulai 1 Jan, 2018, semua pembayaran bil melalui perbankan Internet dan telefon mobil hanya boleh dilakukan menerusi perkhidmatan JomPAY.

Dalam satu kenyataan hari ini, SYABAS berkata dengan menggunakan saluran pembayaran JomPAY, pelanggan boleh membayar bil air mereka secara dalam talian melalui mana-mana 40 bank di Malaysia.

Pelanggan juga boleh memilih untuk membayar bil di cawangan atau kaunter SYABAS dan melalui ejen kutipan seperti ePay, MOL, Pos Malaysia, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). – Bernama