BARU-BARU ini seluruh dunia digemparkan dengan berita kematian penyanyi kumpulan K-Pop SHINee, Kim Jong-hyun pada 18 Disember lalu akibat bunuh diri.
Penyanyi itu dilaporkan mati akibat keracunan karbon monoksida dengan menyalakan briket arang batu di dapur rumahnya.
Untuk pengetahuan umum, kaedah penyalaan briket arang batu adalah suatu kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat di Korea apabila seseorang ingin membunuh diri.
Ternyata pemergian bintang itu tidak dapat diterima para peminat sehinggakan terdapat segelintir individu yang sanggup bertindak di luar kotak minda!
Menerusi perkongsian yang diterima ini, agak melucukan apabila seorang gadis Melayu dilihat terlalu taksub dengan insiden pemergian bintang itu sehingga mengeluarkan status yang tidak masuk akal.
Berdasarkan sebuah petikan skrin menerusi aplikasi Wechat, gadis yang dikenali dengan nama Mieya itu dilihat seolah-olah masih belum dapat menerima kematian mendiang.
Kisah ini bermula apabila gadis tersebut mengadu domba dalam aplikasi berkenaan dengan memberitahu bahawa tiada lelaki yang sudi menerima dirinya kerana sikapnya yang taksub akan fenomena K-Pop.
Kemudiannya dalam satu lagi posting yang berlainan, dia berkata pula dirinya rindu akan mendiang Jonghyun yang telah pergi beberapa hari lalu.
Berikut adalah perkongsian melucukan berkenaan :
“Tak tahu la, tengok sahaja mendiang Jonghyun confirm air mata keluar. Sumpah aku cakap aku tak boleh lupa dekat oppa Jonghyun ni.
“Oppa, mieya nak cakap ni oppa pergilah jumpa bapak mertua oppa dekat syurga dulu ye. Nanti mieya menyusul daripada belakang,” tulisnya.
‘Hiba’ sungguh!
Ketaksuban Mieya itu telah menjadi bahan ketawa netizen di media sosial, dengan ada yang mempersoalkan mengapa gadis itu mahu terlalu emosi terhadap seseorang yang tidak mengenali dirinya langsung semasa dia masih hidup.
Minat yang mendalam terhadap seseorang selebriti itu perlulah berpada-pada, jangan terlalu obses sehingga tersasar jauh daripada landasan pemikiran yang normal sudah lah! - Kedahnews.com