ALOR SETAR - Keadaan cuaca yang tidak menentu sekaran telah memberi kesan kepada harga bahan basah seperti ikan dan sayur-sayuran.
Hasil tinjauan di beberapa pasar besar sekitar ibu kota mendapati harga ikan dan sayur-sayuran naik RM2 daripada harga biasa.
Menurut peniaga ikan yang dikenali sebagai Leong, 45, berkata, hasil tangkapan yang sedikit menjadi punca kenaikan harga ikan.
“Cuaca yang tidak menentu dan banjir yang berlaku di sesetengah kawasan menjadikan hasil tangkapan menjadi sedikit berbanding sebelumnya.
“Jika hasil tangkapan banyak, harga turun, jika tidak ia jadi sebaliknya,” katanya seperti yang dilaporkan MyMetro.
Bagi seorang lagi peniaga ikan, Faisal Amri, 40, berkata harga ikan di kawasan perniagaannya masih lagi berada pada tahap terkawal.
“Tidak dinafikan terdapat ikan yang naik harganya, tetapi tidak banyak.
“Ada ikan dijual RM8 sekilo tetapi kini dijual dengan harga RM10 sekilo,”ujarnya.
Selain itu, peniaga sayur yang ingin dikenali sebagai Hafiz, 34, berkata, harga sayur-sayuran berbeza setiap hari.
“Harga bagi sayur-sayuran berbeza ikut musim, dan juga mangikut cuaca,” jelasnya. -Kedahnews.com