Dakwaan karut Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya rizab Bank Negara Malaysia (BNM) susut AS$39.6 bilion (RM161.6 bilion) antara 2013 dan 2015 'tidak mendapat sokongan' pemimpin Pakatan Harapan termasuk penasihat DAP, Lim Kit Siang.
"Tiada pemimpin Pakatan Harapan seperti Kit Siang, Tony Pua atau Rafizi Ramli yang biasanya akan mengeluarkan pelbagai kenyataan, sekali pun bersuara terhadap dakwaan mengarut Dr Mahathir itu," kata Timbalan Pengarah Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Eric See-To.
Jika benar dakwaan Pengarusi Pakatan Harapan (Dr. Mahathir) itu, Eric mencabar Kit Siang menulis buku berkenaan ‘skandal tukaran asing’ (forex) Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM160 bilion itu.
Eric menyatakan setakat ini tiada pihak lain, termasuklah Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), agensi pelaporan kredit antarabangsa, bank antarabangsa dan media asing, pernah memanggil kerugian RM160 bilion itu sebagai satu skandal.
“Jika ‘kerugian’ itu benar, saya menggalakkan pemimpin tertinggi DAP untuk juga menulis buku tentang ‘skandal tukaran asing (forex) RM160 bilion oleh BNM’ seperti mana sebuah buku yang ditulis Kit Siang tentang skandal forex BNM sebanyak RM30 bilion beberapa tahun lalu," katanya yang di petik daripada BNBBC.
Sebelum ini, Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi PPBM mendakwa rizab BNM susut AS$39.6 bilion (RM161.6 bilion) antara 2013 dan 2015 dan merupakan jumlah yang lebih besar daripada jumlah kerugian BNM dalam urus niaga forex pada awal 90an.
Semalam Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dalam surat terbukanya kepada Dr. Mahathir menjelaskan penyusutan rezam BNM itu disebabkan oleh aliran keluar dana asing dan bukanlah disebabkan oleh urus niaga spekulatif menerusi aktiviti forex pada sekitar 90an.
Dakwaan terbaharu Dr. Mahathir itu dikatakan satu cubaan terdesak untuk 'menutup' tanggungjawabmya selepas hasil laporan siasatan Surahanjaya Siasatan Diraja (RCI) dikeluaran baru-baru ini.
Berikutan penemuan itu, pihak RCI membuat laporan polis kerana mengesyaki berlaku kesalahan pecah amanah oleh Menteri Kewangan yang ketika itu.
Sebelum itu, Dr. Mahathir juga menfaikan saman bagi membatalkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja itu kerana menganggapnyasebagai tidak sah. - Kedahnews.com