Depa Mai 5 Tahun Sekali Tabur Janji... Sedangkan BN Bantu Rakyat Setiap Hari - MB Kedah


Parti pembangkang menabur janji kosong lima tahun sekali kepada rakyat, iaitu bila Pililhan Raya Umum (PRU) hendak diadakan.

Mereka (pembangkang) hanya hendaklah undi rakyat bagi menyokong mereka bila PRU tiba. Silap perhitungan, rakyat yang merana kerana menukar kerajaan belum tentu kehidupan lebih bahagia. 

Sedangkan kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO yang memerintah sejak negara merdeka telah  melakukan berbagai projek pembangunan dan membantu rakyat sepanjang masa.

Sehubungan itu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mahu rakyat menilai dengan bijak dan tidak terpedaya 'cakap-cakap kosong' pembangkang yang sentiasa menentang dasar dan perancangan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.

Beliau berkata. rakyat sekali lagi akan diberi kuasa memilih kerajaan pada pilihan raya umum ke-14 akan datang dan perlu membuat pilihan yang tepat.

"Kerajaan hari ini telah melakukan bermacam-macam untuk rakyat daripada perkara kecil hingga yang kepada besar.

" Umpamanya apabila hendak masuk sekolah kerajaan bantu beri pakaian sekolah bersama-sama syarikat korporat, bila banjir, ribut dan kebakaran, kerajaan juga bantu, " kata Ahmad Bashah katanya semasa berucap pada Program Kembali Ke Sekolah Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi kawasan Parlimen Alor Setar di Sekolah Kebangsaan Mergong di sini, hari ini.

Menurut beliau, itu tidak termasuk lagi projek-projek yang mewujudkan banyak peluang pekerjaan seperti Kulim Hi-Tech Park di Kulim, pembangunan Bandar Bebas Cukai serta pembesaran Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

Sehubungan itu, Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan Pengerusi BN  meminta rakyat agar terus menyokong kerajaan sedia ada supaya matlamat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 berhasil.

"Depa (mereka (pembangkang)) mai (datang) lima tahun sekali buat segala janji-janji dan macam-macam lagi, sedangkan kami (UMNO) yang melaksanakannya," kataAhmad Bashah lagi.


Beliau mengingatkan agar jangan 'ditebang pokok yang lama (kerajaan sedia ada) yang menjadi tempat teduhan kerana pokok yang baharu belum tentu tumbuh dan rendang' untuk dijadi tempat rakyat berteduh.

Sementara itu seramai 200 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan sekitar kawasan Parlimen Alor Setar itu menerima bantuan persekolahan termasuk berupa pakaian sekolah dan peralatan yang disumbangkan TNB bagi meringankan beban ibu-bapa. - kedahnews.com