Desak Bebas Anwar, Sandiwara Baru Mahathir Tagih Sokongan Sekutu PH


Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya membebaskan bekas seteru politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara, disifatkan satu lagi sekadar 'sandiwara hidup' bagi menagih kepercayaan parti sekutu dalam pakatan pembangkang.

"Saya yakin Tun M (Dr Mahathir) hanya berlakon mahu bebaskan Anwar untuk 'membeli' kepercayaan rakan pembangkang yang semakin hari berpandangan beliau adalah liabiliti kepada mereka.

"Kalau betul Tun M nak bebaskan Anwar, mana mungkin beliau yang beriya-iya nak penjarakan Anwar pada April 1999 sebelum dibebaskan lima tahun kemudian kerana disabit bersalah terhadap tuduhan salah guna kuasa, " kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO,), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau mengulas kenyataan bersama Dr Mahathir dan peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley, mendesak supaya Anwar yang menanggung hukuman penjara lebih 34 bulan segera dibebaskan.

Mohd Puad yang juga  Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), berkata desakan ini hanyalah sandiwara, bukan satu permintaan yang ikhlas, kononnya kasihankan kesihatan Anwar di penjara. 

 "Ia helah politik terbaru Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkenaan selepas gagal memanipulasi pelbagai isu lain sebelum ini, katanya seperti yang dilapor oleh Berita Harian semalam.

Selain itu, katanya, Dr Mahathir terpaksa melakukan gerak politik agresif selepas menyedari semakin disisih dalam pakatan pembangkang kerana mencetuskan siri konflik, terutama dengan institusi diraja sehingga menyaksikan beberapa Sultan murka terhadapnya.

Dr. Mahathir sebelum ini sendiri yang menyatakan bahawa a Anwar tidak layak dijadikan seorang ketua kerana masalah moral. 

"Sebenarnya Tun M sudah kehabisan isu untuk menjatuhkan Najib sebelum PRU ke 14. Isu 1MDB gagal. Maka isu Anwar dipenjara cuba dipanaskan semula untuk menarik simpati rakyat.

 Tun M lupa sejak dia berkawan dengan Lim Kit Siang yang mahu menjadi Perdana Menteri, imejnya sudah tercalar dan tidak lagi boleh dipercayai," kata Mohd Puad.

Sementara itu Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyatakan sesiapa yang rapat dengan bekas Perdana Menteri itu sudah tentu akan memahami sikap dan caranya yang sentiasa mempunyai strategi serta tujuan tertentu setiap kali melakukan sesuatu. -  Kedahnews.com