Didakwa ‘Terpesong’ Agama, Aeril Mohon Maaf


BARU-BARU ini nama pelakon, Aeril Zafrel tercalar apabila dikecam dek kerana anaknya, Hayla Maghfiratul Adzkiya bergambar dengan pokok Krismas dianggap terpesong daripada landasan agama.
Susulan perkara itu, pemilik nama sebenar Suhairil Sunari tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung apa yang telah terjadi.

Permohonan maaf itu telah dibuat secara terbuka menerusi salah satu entri di laman Instagram miliknya.

Menurut permohonan maaf itu lagi, Aeril berkata pokok berkenaan bukanlah berada di rumah seperti yang didakwa segelintir pihak. Sebaliknya ia hanya dijumpai di hotel di mana tempat penginapan mereka.


“Saya minta maaf ya. Kalau disebabkan gambar anak saya bergambar dengan pokok krismas ini boleh terpesong dari agama.

“Untuk pengetahuan pokok Krismas itu bukan kat rumah saya. Pokok itu kami jumpa kat hotel tempat kami duduk,” kata Aeril menerusi posting tersebut.

Pendedahan Aeril itu secara tidak langsung telah menjawab segala spekulasi sekaligus melenyapkan segala tanggapan negatif segelintir pihak mengatakan keluarganya terpesong daripada akidah.

Terdahulu, pelakon berusia 29 tahun ini mendapat perhatian selepas memuat naik foto yang memaparkan anaknya bergambar dengan pokok krismas.

Perkongsian terbuka beliau yang mendapat perhatian itu secara tidak langsung menerima komen negatif daripada segelintir netizen.

Bagaimanapun, komen negatif itu bukanlah datang daripada majoriti sebaliknya masih ramai pengikut laman sosial yang menyelar individu berkenaan.

Hmmm…Bergambar dengan pokok pun dikatanya terpesong? Inilah masalah orang sekarang suka sangat menghukum dengan alasan yang tak masuk akal! - Kedahnews.com