NAK berubah ni bukan hanya dengan sekelip mata. Lagi elok berubah ke arah kebaikan kerana Allah SWT dan bukannya kerana manusia lain.
Justeru suami mana yang tidak kecewa apabila isteri yang dicintainya telah dihina oleh sesetengah netizen hanya kerana isu tidak bertudung?
Raf Yaakob atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, suami kepada pelakon Mawar Rashid telah meluahkan rasa kecewanya itu menerusi akaun Instagram miliknya semalam.
“Nilai lah seseorang itu menerusi dalaman beliau dan bukannya luaran. Apa guna bertudung kalau hati hitam asyik nak condemn and cari salah orang.
“Siapa anda untuk menilai orang lain? Kalau tak ada perkara elok nak cakap, lebih baik diam sahaja,” tulis Raf di ruangan caption.
Bagaimanapun apabila Raf berkata demikian, ada pula sesetengah kumpulan individu yang tersalah erti maksudnya.
Namun ada juga golongan yang kononnya sudah mendapat hidayah Allah, tapi dengan sesuka hati merendah-rendahkan orang lain dengan cara menghinanya kerana tidak menutup aurat.
Haihh… Jangan lah ingat bila kita rasa diri kita tu sempurna sangat sampai orang lain dipandang hina.
“Ramai betul yang tak baca betul and tak faham kenyataan Raf. Saya tidak kata kepada SEMUA yang bertudung sebaliknya ditujukan kepada SESETENGAH mereka bertudung tapi dok maki-maki ‘condemn’ sana sini.
“Janganlah yang bertudung lain pun terasa sama. Saya tujukan kepada sesetengah individu sahaja. Bertudung itu wajib takkan la saya tak tahu. Sampai masa dia pakailah.
Dulu sebelum kahwin, kecam bila nak kahwin. Kahwin tak sampai sebulan, dah kecam tak pakai tudung.
“Sabarlah kalian. ‘Step by step’. Doakan yang baik-baik saja. Tak perlu nak maki-maki sana sini. Harap ini akan menjelaskan segalanya dan ini adalah kali terakahir saya akan bercakap mengenai hal ini,” tambah Raf lagi yang merupakan Presiden Kelab Bola Sepak Manchaster United Malaysia.
Sebelum ini, Mawar telah dikecam oleh netizen apabila dia membuat persembahan tarian pada malam majlis resepsinya dan satu lagi isu berkaitan kononnya dia menunjuk-nunjuk bermesra bersama dengan anak Raf. Ada sajalah benda yang tak kena kan?
Kata Raf lagi, sedangkan keluarga mereka berdua tidak pernah langsung memaksa Mawar bertudung. Biarlah dia berubah ke arah kebaikan bila dia sudah benar-benar bersedia.
Entahlah, perkara soal bertudung ni bukan boleh dipaksa. Biar lah seseorang itu melakukan sesuatu apabila dia sudah bersedia, bukannya sebab suka-suka.
Kalau berubah hanya kerana suka-suka atau ikut orang, lama-lama pasti jadi tak ikhlas dan akhirnya tudung pun terbang. Bila dah jadi macam tu, lagi ramai yang akan menghina.
Jadi, berubahlah bila sudah bersedia. Bukan kera terpaksa - Kedahnews.com